Ramadan Datang Lagi.....
Ramadhan : Apa Perlu Buat?
Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala
dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut
perlu dilakukan:-
1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan
subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana).
3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak
tergesa-gesa
4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
5) Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka
6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib
7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab (
kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada
keduanya mulakan dengan meneguk air.
8) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah
berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.
9) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah
buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia
berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk menunaikannya
separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang
ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.
10) Bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi
tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.
11) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan
tanpa uzur :
Nabi SAW
bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan
terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min
At-Tarhib wa targhib).
Selain itu,
Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada
Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan
itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)
Semoga Allah s.w.t. menerima puasa
kita, insyaallah.
