Sebelum berangkat ke German

Sebelum berangkat ke German
rumah Pakli

Search This Blog

Popular Posts

Sunday, March 2, 2014

Ubat gout

Hari ni saya cuba makan RA. Lepas makan rasa nak kencing selalu. Banyakkan minum air. Sekarang ok dah boleh berjalan

Wednesday, July 10, 2013

Ramadan Datang Lagi.....


Ramadhan : Apa Perlu Buat?


Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1)      Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

 

2)      Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana).

 

3)      Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa

 

4)      Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

 

5)      Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka

 

6)      Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib

 

7)      Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.

 

8)      Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.

 

9)      Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

 

10)   Bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

 

11)   Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

 

 

Semoga Allah s.w.t. menerima puasa kita, insyaallah.

Sunday, October 18, 2009

Friday, August 7, 2009

Aqim

Umur 12 tahun. Suka pelihara ikan

amer

Nama saya amer berumur 10 tahun. sekolah di sk kok lanas